“ Mahukah anda jika orang lain yang membeli PETROL atau DIESEL atau Jika Orang LAIN yang berbelanja di Pasaraya GIANT anda juga mendapat REBETNYA? ”

Alamilah Satu Pendapatan Luar Biasa Hebat, Melalui Program Perniagaan Yang Bertaraf Profesional. Sebuah Program Inovasi Berkonsepkan Shopping Voucher Rewards (SVR) dibawakan oleh usahasama SVR International dan Koperasi Pelindung Malaysia Berhad (KOPMA) dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia yang disokong penuh oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Syabas dan tahniah! Anda telah membuat satu keputusan yang cukup bijak untuk berkunjung ke laman blog ini. Selaras dengan kepesatan teknologi maklumat sekarang ini, maka kami berhasrat untuk mengajak anda menyertai kami dalam satu projek usahawan E-Dagang yang terulung dan sedang meletup di negara ini. Biarpun baru sebulan dilancarkan, lebih 10,000 rakyat Malaysia telah mengambil bahagian dengan menjadi ahli kami. Kini kami masih mencari lebih ramai usahawan dan pengguna yang berminat untuk meneroka dunia perniagaan era globalisasi ini. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Cepat! Sertai kami sekarang untuk mendapat peluang dan ganjaran yang cukup lumayan. Siapa tahu anda adalah jutawan pertama program ini yang kami cari. Berbekalkan modal yang rendah konsep terkini dalam perniagaan, maka kami menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia akan menyertai kami nanti. Jadilah yang terawal, dan anda berpeluang untuk menikmati faedah yang berpanjang. Kejayaan itu adalah hak milik kita bersama, oleh itu marilah bersama kami meneroka dunia baru konsep perniagaan e-dagang era globalisasi Shopping Voucher Rewards ini.

Jadilah Pengguna Yang Bijak Bersama SVR

Kami dengan bangganya ingin menawarkan kepada anda satu program hebat yang bakal mengubah masa depan anda. Program yang julung-julung kali anda temui dan tidak wajar dilepaskan. Tidak kira siapa anda ? Golongan korporat, ahli politik, kakitangan kerajaan, swasta, petani, nelayan, peneroka felda, pekerja industri, mahasiwa, penganggur atau apa jua pekerjaan yang anda lakukan sekarang, marilah bersama kami menjadi "Usahawan Dan Pengguna Yang Bijak" sekarang. Anda tentu tidak sedar, selama puluhan tahun hidup di dunia ini anda telah habiskan wang beratus-ratus ribu semata-mata untuk mengisi minyak kenderaan atau pun membeli belah. Pernahkah anda terfikir, bahawa wang yang anda keluarkan itu bukan sedikit jumlahnya, malah dapat membeli sebuah rumah banglo mewah jika dikira jumlahnya. Namun, itulah hakikatnya di mana semakin banyak anda berbelanja maka semakin besar jumlah wang yang anda perlukan. Adakah anda pernah tergambar bahawa satu hari nanti wang itu akan dikembalikan kepada anda dalam bentuk tunai?. Mungkin ia satu yang tidak munasabah serta masuk dek akal bagi mereka yang memikirkannya. Namun, segalanya dapat dibuktikan bahawa setiap orang yang membelanjakan RM300 sebulan untuk minyak dan membeli belah, kemudian didarabkan dengan 12 bulan (RM300 X 12 = RM3,600). Jumlah itu kemudian dikira dengan tahun anda mula berkereta serta menikmati keselesaan hidup. Andaikata 10 tahun lamanya, maka anda telah belanjakan RM3,600 X 12 tahun. Maknanya jumlah keseluruhan hampir mencecah RM36,000 !! Pernahkah anda mendapat sebarang ganjaran berupa "wang tunai" dengan jumlah "wang besar" yang anda belanjakan itu selama ini. Maka itulah kami ingin mengajak anda menyertai program SVR ini sekarang untuk menikmati ganjaran atas perbelanjaan yang anda keluarkan sendiri. Jadilah pengguna yang bijak bersama rangkaian kami.

Apa Yang Ditawarkan Oleh Program SVR?

SVR menawarkan satu peluang untuk anda menjadi pengguna yang bijak. Ini bermakna anda akan bertukar kepada sistem "membeli dan dapat untung" atas perbelanjaan yang dikeluarkan. SVR atau Shooping Voucer Rewards menyediakan satu sistem yang cukup canggih untuk memberi pulangan yang setimpal kepada perbelanjaan yang anda keluarkan. Anda bakal menjadi JUTAWAN sekiranya mengikuti setiap langkah yang disediakan dengan teliti. SVR menyediakan kad untuk digunakan oleh semua ahli (Membership). Anda pula dilantik sebagai agen untuk menambahkan ahli baru SVR.

Gift Card (Untuk Belian Minyak) - Anda akan diberikan Percuma Kredit RM50 untuk membeli minyak. Setiap bulan 10% daripada pendapatan anda akan dikreditkan ke dalam kad ini sehingga mencecah RM300. Ini bermakna anda boleh gunakan untuk mengisi minyak kenderaan anda sebanyak RM300 sebulan. Jika nilai kredit habis atau tiada, anda boleh menambah jumlah tersebut daripada E-Wallet atau pun CASH di kaunter stesyen minyak yang berkenaan. Kad ini adalah bagi menggantikan kad SmartPay Petronas yang ditamatkan operasi penggunaannya kerana beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan awal Ogos. Pada masa ini setiap ahli boleh memilih untuk menunggu Gift Card dilancarkan, atau duit RM50 didebitkan ke dalam Gold Card untuk tujuan membeli belah. Pelancaran Gift Card adalah tertakluk syarikat SVR.

Gift Card Ini Adalah Pengganti Kad Minyak Pelancaran Kad Tertangguh Akibat Beberapa Masalah Teknikal Yang Tidak Dapat Dielakkan Ahli Diminta Bersabar Segala Kesulitan Amat Di Kesali

Gold Card (Untuk Membeli-Belah) - Anda boleh gunakan kad ini untuk membeli belah dimana-mana premis perniagaan yang terpilih dan berdaftar sebagai Merchant SVR. Buat masa ini antara premis terbabit ialah Pasaraya Besar Giant , Gedung Membeli Belah Kamdar dan banyak lagi. Buat masa ini terminal gores masih belum disediakan di pasaraya terbabit, oleh itu anda boleh menggunakan Voucer untuk tujuan pembelian dan menukar mata ganjaran terkumpul anda dalam kad terbabit. Setiap bulan syarikat akan memperuntukkan sebanyak 10% daripada pendapatan anda akan dimasukkan ke dalam kad ini. Semakin ramai rangkaian kumpulan anda, maka semakin besar ganjaran membeli belah yang bakal anda perolehi. Merchant terbaru yang dilantik ialah Gardian dan juga Cold Storage. Pada masa akan datang banyak lagi merchant akan dilibatkan untuk menjayakan program ini. Pada masa ini sebanyak 20% daripada pendapatan harian yang diterima oleh ahli akan dimasukkan ke dalam akaun Gold Card SVR ini sementara menunggu Gift Card.



Giant dan Kamdar, dua buah merchat yang sudah sedia untuk ahli SVR

Buat masa ini hanya di Kamdar Kuantan yang sudah mempunyai terminal gores. Bagi memudahkan anda untuk membuat pembelian di Giant dan Kamdar yang lain, anda bolehlah menebus point melalui ibu pejabat SVR di Puchong. Voucher akan diberikan buat sementara waktu sementara menantikan semua terminal terdapat di merchant terbabit. Sila semak baki dan bawa bersama Gold Card anda untuk membuat penebusan voucher berkenaan.

Bio Energy Card (Penjagaan Kesihatan) - Kad ini adalah kad kesihatan yang amat baik dan sesuai untuk semua golongan. Ia berfungsi untuk memperbaiki perdaran darah menggunakan Far Infra Red (FIR), mengakhtifkan sel-sel badan, memperbaiki sistem motabolisme dalam badan, meningkatkan sistem ketahanan badan, menghasilkan ION negatif untuk menghilangkan keletihan, mengurangkan keasidan dalam badan, mengimbangkan hormon dan menghapuskan kesan radio aktif pada komputer dan TV. Penggunaannya adalah selamat dan tiada pantang larang. Setiap bulan syarikat akan membuat potongan 10% daripada pendapatan anda sehingga mencecah RM36 untuk membolehkan anda mendapat percuma kad ini. Anda boleh menyimpannya atau memberikan kepada rakan-rakan anda.

SVR Meletup Selepas Pelancaran

Majlis pelancaran program hebat ini telah pun disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sambutan Hari Pengguna Peringkat Kebangsaan di Kuantan pada hari Sabtu (25 Julai 2009) lalu . Turut hadir semasa pelancaran itu ialah Dato' Mohd Firdaus Abdullah (Penasihat SVR), Encik Mohd Raflee Md Yassin (Pengarah Eksekutif SVR) serta wakil merchant berkaitan seperti dari Kamdar, Giant dan lain-lain lagi. Disamping itu juga SVR telah mengadakan prebiu program ini di Hotel Vistana Kuantan pada 24 dan 25 Julai itu.


Profail Syarikat International Sdn Bhd

Program ini adalah usahasama SVR International Sdn. Bhd (70% Saham) dengan Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (30% Saham) dengan usahasama pihak PETRONAS. Nombor pendaftaran syarikat ialah 739098-K dan Alamat berdaftar di 2F-22, IOI Business Park, Persiaran Puchong Jaya, 47100 Puchong Selangor.
Website rasmi syrikat pula ialah http://www.svr2u.com/ dan email info@svr2u.com. Nombor telefon syarikat ialah 03-8070 6408 dan fax 03-8076 6167. Tulang belakang iaitu Founder SVR ialah Mr.Alex Lu. Beliau seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang pemasaran berperingkat dan mempunyai wawasan tinggi untuk melihat SVR berjaya mencapai sasaran 500,000 ahli dalam masa 6 bulan.
SVR International Sdn Bhd dianggotai oleh Team Pengurusan yang cekap dan cukup berpengalaman. Ahli Lembaga Pengarah syarikat terdiri daripada Encik Mohd Rafflee Bin Mohd Yassin selaku Pengarah Eksekutif. Beliau merupakan tokoh dalam bidang pemasaran, promosi dan pengiklanan. Pernah menceburi dalam bidang industri hospitaliti, perkilangan barangan kecantikan, program keahlian dan loyaliti. Penasihat syarikat pula ialah YH Dato' Mohd Firdaus Abdullah. Beliau memilik Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga adalah merupakan Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) dan Koperasi Pelindung Malaysia Berhad (KOPMA).
konsultan perkhidmatan kad dan pembayaran pula ialah Mr.Udhaya Kumar. Beliau telah menceburi hampir 20 tahun dalam industri kad kredit. Tugasan beliau ketika itu termasuk mengimplikasi perkembangan syarikat dalam dan luar negara. Pembabitan beliau termasuk dalam bidang penyelidikan, promosi dan pengiklanan. Beliau berpengalaman membantu keahlian kad Visa di Malaysia. Dengan pengalaman dan kepakaran inilah, adalah dijangkakan program SVR ini akan terus meletup dipasaran untuk beberapa bulan yang akan datang, berdasarkan kepada sambutan hangat dikalangan rakyat Malaysia kebelakangan ini.

Syarat Keahlian SVR International Sdn Bhd



Anda boleh menjadi ahli SVR dengan bayaran serendah RM168 (Sem M'sia) dan RM180 (Sabah & Sarawak) anda akan ditawarkan tiga kad SVR iaitu Kad Untuk Pembelian Minyak (Gift Card), Kad Untuk Membeli Belah (Privilege Gold Card) dan Kad Untuk Penjagaan Kesihatan (Bio Energy Card).Kad keahlian akan dihantar terus ke alamat kediaman anda dalam masa 5 hingga 10 hari waktu bekerja. Buat masa ini hanya dua kad dahulu yang dihantar kepada ahli iaitu Gold Card (Shopping) dan juga Bio-Energy Card (Kad Kesihatan). Selepas mendaftar sebagai ahli anda akan menikmati faedah dan ganjaran yang ditawarkan. Antara ganjaran yang bakal diperolehi bila anda terlibat dengan program ini. Semua pendapatan ini akan terbahagi kepada tiga pelan yang disediakan iaitu :-
Pelan A - Ganjaran Harian dan Mingguan
Pelan B - Ganjaran Auto Downline
Pelan C - Ganjaran Bulanan (Rebat Perbelanjaan)

Pelan A juga boleh diistilah sebagai Wang Royalti, kerana anda mendapat ganjaran hasil usaha anda dan juga rangkaian kumpulan anda mengembangkan perniagaan ini setiap hari. Pelan B pula adalah Wang Ehsan, iaitu wang ganjaran yang diberikan apabila kumpulan anda membesar biarpun bukan anda yang aktif dalam program ini. Dengan syarat anda mestilah memperkenalkan program ini kepada beberapa orang rakan anda. Setiap ahli baru yang berdaftar dibawah anda akan disusun secara matrik dalam pelan ini dan dibayar RM3 bagi setiap akaun ahli baru. Manakala Pelan C adalah berupa Wang Pencen yang akan anda nikmati hasil pembelian ahli-ahli dibawah rangkaian anda. Dengan modal serendah RM168 anda berpeluang menikmati ganjaran sehingga RM70,000 ++ (Pelan A), RM265,176 (Pelan B) dan RM50,000 (Pelan C). Oleh itu mulakan langkah segera bersama kami.

Ganjaran Dan Insentif Yang Ditawarkan
Anda akan mendapat berbagai ganjaran dan insentif yang cukup menarik bila bersama dengan kami. Ini kerana program ini amat unik dan tidak membebankan. Anda tidak perlu fikir soal MLM, Direct Selling, Pairing, Flushing dan sebagainya. Apa yang penting ialah anda perlulah menjadi pengguna yang bijak kerana SVR International Sdn Bhd menawarkan ganjaran yang cukup lumayan harian, mingguan dan bulanan. Antara pendapatan yang bakal anda perolehi bila bersama kami ialah Pendapatan Harian, Mingguan dan Bulanan. Mahu atau tidak anda pasti akan memperolehinya secara berterusan bila mana anda menjalankan perniagaan ini secara bersungguh-sungguh serta menunjukkan komitmen yang tinggi untuk berjaya. Sistem yang diamalkan dalam program ini hampir sama dengan sistem yang ada dalam industri insuran di negara kita, di mana anda akan bermula dengan pangkat pertama Associates Manager (AM) kemudian Unit Manager (UM) dan Group Manager (GM).

PELAN A Ganjaran Harian Dan Mingguan Antara pendapatan pertama yang bakal anda perolehi adalah seperti berikut. Dalam Pelan A (1) anda bakal menerima Insentif Pengenal (Introducer @ Referral), Insentif (Overriding) dan Insentif Peringkat (Level). Rujuk info dibawah:-

ASSOCIATES MANAGER (AM)


Setiap ahli baru yang menyertai program ini secara automatik dilantik sebagai Associates Manager (AM). Sebagai AM anda akan menerima ganjaran RM32 (Introducer RM30 + Leadership RM10) bagi setiap AM baru yang anda perkenalkan. Di Level-2 anda akan dibayar RM2, Level-3 (RM2), Level-4 dan Level-5 (RM2). Seramai mana AM baru yang berdaftar, maka anda akan dibayar RM2, biarpun bukan anda yang perkenalkan mereka. Untuk naik ke pangkat seterusnya iaitu Unit Manager (UM) anda disyaratkan memperkenalkan 3 orang AM baru (Direct Introducer) di bawah anda. Anda layak naik pangkat UM bila ahli berdaftar di bawah kumpulan anda mencecah 200 AM dalam masa enam bulan.


UNIT MANAGER (UM)


Faedah bila menjadi Unit Manager (UM) pula ialah setiap AM baru yang anda perkenalkan maka anda akan dibayar sebanyak RM50.Bayangkan jika anda melantik banyak pendaftaran baru setiap hari. Maka pendapatan anda terus berganda. Anda juga akan dibayar ganjaran sebagai pemimpin (Leadership) berterusan sehingga Level-7. Maknanya pada Level-2 anda bakal menerima RM16 dari setiap pendaftaran, Level-3 (RM16), Level-4 (RM14), Level-5 (RM12) dan Level-6 hingga Level-7 (RM10) . Anda akan terus menerima sebanyak RM10 (Infiniti) selepas itu, sehinggalah ada ahli di bawah anda yang naik pangkat UM (Sama UM). Infitini RM10 tidak dibayar bila berlaku UM baru dalam kumpulan anda. Walau bagaimana pun, anda akan dibayar royalti sebanyak RM2 daripada 200 pendaftaran baru yang mereka bawa. Maknanya anda akan menerima RM400 bagi seorang UM dan RM1,200 untuk tiga UM yang naik pangkat itu. Anda layak untuk naik pangkat terakhir iaitu GM (Group Manager), jika ada dua AM yang anda perkenalkan (Introducer) itu naik pangkat UM (Unit Manager). Namun, syaratnya ialah rangkaian anda mencecah 600 AM dalam masa 6 bulan.


GROUP MANAGER (GM)


Faedah bila menjadi Group Manager (GM) pula ialah setiap AM baru yang anda perkenalkan maka anda akan dibayar sebanyak RM61. Bayangkan, setiap seorang AM baru yang anda perkenalkan anda mendapat imbuhan RM61 iaitu RM45 Introducer + RM16 Leadership. Manakala Level-2 (RM29), Level-3 (RM27), Level-4 (RM25), Level-5 (RM23) dan Generasi ke-6 dan ke-7 (RM21). Selepas itu juga, anda bakal menerima pendapatan infiniti atas kemasukan pada generasi seterusnya sehingga bertemu UM (Unit Manager) yang naik pangkat ke GM (Group Manager) seperti anda. Apabila berlaku 4 orang UM naik ke GM, maka putuslah rangkaian anda di sini (BREAKAWAY) dan anda akan dibayar royalti RM3 X 600 (AM) pada GM pertama, RM2 X 600 GM kedua, RM2 X 600 GM ketiga dan GM keempat juga sebanyak RM2 X 600. Jumlah RM600 ialah syarat kenaikan pangkat mereka dari UM ke GM sebelum itu. Walau bagaimana pun anda tidak perlu risau dengan senario ini, kerana masih ramai lagi AM yang belum naik pangkat.

Bagaimana Pendapatan Harian Diagihkan
Semua pendapatan yang anda terima ini akan diagihkan dan dimasukkan kepada empat bahagian iaitu seperti berikut :-
20% - Kad Shooping Gold Card (Tiada had potongan)
10% - Kad Kesihatan Bio-Energy (Had Maksima RM36)
70% - Terus ke E-Wallet (Boleh ditunaikan)


PELAN B
Auto RM18 (Bio-Energy Card)
Anda juga bakal mendapat pendapatan tambahan dipelan ini. Ia terjadi sendiri dan tidak perlu difikirkan sangat. Ia berdasarkan kepada tiga tajaan aktif dengan syarat setiap ahli membuat pembelian RM18 setiap 10 hari. Jika anda aktif, secara automatik potongan sebanyak RM36 akan dilakukan dan dimasukkan ke dalam akaun ini. Ia bermakna anda sudah membuat belian untuk dua kali (20 hari). Syarikat akan meletakkan akaun anda secara automatik di pelan ini berdasarkan kepada Tiga Kumpulan (ABC). Susunan dibuat oleh syarikat secara MATRIK mengabungkan semua AM yang berdaftar dibawah rangkaian anda, berdasarkan kepada konsep 3 X3 X3 (10 Level).


Setiap kali anda mendapat pendapatan pada Pelan A, 10% akan dimasukkan ke pelan B sehingga mencukupi RM36. Ini bermakna anda layak mendapat pendapatan bagi dua kali pusingan (10 hari X 2). Anda juga boleh top-up secara manual untuk mendapat ganjaran yan ditawarkan. Pembayaran pula akan dibuat tiga kali sebulan (10 hari X 3) dan anda layak mendapat RM1 X 3 untuk setiap akaun yang layak (RM18). Berdasarkan matrik jika penuh hingga level 10, anda berpeluang mendapat income sehingga mencecah RM88,000++. Anda boleh mengambil wang tersebut secara mingguan atau pun sekali sebulan. Bayaran RM3 tetap akan dibuat terhadap mana-mana akaun yang wujud pada pelan B anda dan akan dimasukkan terus ke e-wallet. Selain daripada itu, anda juga layak mendapat ganjaran lain yang ditawarkan seperti Pool 5%-10% dan Top-Up Rewards. Bagi memudahkan anda mendapat pendapatan maksima di Pelan B ini, sila pastikan ahli dibawah anda yang tidak aktif membuat "Top-Up RM18 Setiap 10 Hari" dalam pelan ini. Setiap kali berlaku 4 pusingan iaitu RM18 X 4 (10 hari) maka syarikat akan menghantar kad Bio Energy kepada anda. Jika mereka aktif maka secara automatik potongan 10% akan dibuat oleh syarikat daripada pendapatan Pelan A untuk dimasukkan ke dalam Pelan B. Rujuk info Pelan B berikut :-
RM1 - 10 Generasi/Level (RM10)
RM3 - Pool ( AM 5%, UM 7%, GM10%)
RM1 - Top-Up Reward PoolContoh kiraan sekiranya anda mempunyai 3000 ahli :- 3000 ahli X RM3 = RM9000 (Sebulan) RM9000 X 10% = RM900 (Income anda) (Pendapatan ini tidak termasuk rebate pembelian di Pelan C)

PELAN C
Ganjaran Rebat Bulanan
Pendapatan ini adalah dikira dan dibayar secara bulanan atas penggunaan kad seluruh kumpulan anda. Ini bermakna selagi mereka membeli menggunakan Gift Card atau pun Kad Gold Shooping maka semua ganjaran mata (Reward Point) yang mereka terima akan dikira. Bayangkan jika seorang Ahli SVR menggunakan Gift Card untuk mengisi minyak sebanyak RM300 sebulan. Ini bermakna mereka memberi anda 300 markah (berdasarkan RM1:1 Mata). Semakin ramai yang menggunakan kad ini maka semakin besar ganjaran yang anda akan perolehi. Seandainya kumpulan A anda menggunakan RM50,000 sebulan maka ia dikira sebaga 50,000 mata dan kumpulan B menggunakan sehingga RM10,000 sebulan ia bermakna 10,000 mata. Kedua-dua ganjaran mata itu tadi akan dicampurkan dan didarabkan dengan 5% (Rebate Tunai). Contoh pengiraan


Ini bermakna, pendapatan rebate anda pada bulan itu ialah RM3,000. Bayangkan semakin ramai yang menggunakan kad ini, bukankah pendatan anda akan meningkat berkali ganda dari yang sepatutnya. Setiap kali Ahli SVR dibawah kumpulan anda membeli minyak atau membeli belah di pasaraya terpilih, maka anda akan mendapat ganjaran dalam bentuk wang tunai. Bukankah ini menarik buat semua?. Walaubagaimana pun syarat untuk mendapat ganjaran ini, anda perlulah membuat pembelian paling minima sebanyak RM100 sahaja setiap bulan. Perbelanjaan itu termasuklah membeli minyak di Petronas atau pun membeli belah di pasaraya terpilih. Apa yang penting anda tidak perlu bersusah payah untuk memastikan Ahli SVR dibawah kumpulan anda membuat belian minyak atau membeli belah. Justeru itu, perkenalkanlah program ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia supaya mereka turut menjadi "Pengguna Yang Bijak".